Tanam Anggur
Oh hai semua. Apa khabar. Sooorry x update sangat. Hehe nak kata busy x jugak sebab shafiq mana kerja. Tanam Anggur je. Hehehe...so apa cerita dah seminggu sekolah ni, budak-budak sekolah? Hehehe...seronok x? Untunglah seronok dapat sekolah lagi. Hehehe...just kidding. Memang seronok kalau bersekolah ni sebab dapat jumpe kawan-kawan semua, boleh main sama-sama, lari sana sini macam x tentu arah. Hehe kenangan di sekolah memang banyak sampai x terkira. Kalau nak kira memang saya kene pinjam 100 lebih orang. Itu pon x cukup lagi tu. Memang seronok kalau berada di samping kawan-kawan semua sampai x ingat nak makan. Pernah suatu ketika masa shafiq sekolah dulu, time tu x silap cikgu BM shafiq masuk kelas. Shafiq sembang2 la dengan member sebelah sampai x perasan lama cikgu tengah mengajar kat depan tu tenung mata saya. Classmate shafiq pon pandang je..Ooowwww time tu malu gile. Hahaha...Sekarang ni memang payah nak jumpa diorang lagi sebab masing-masing dah kerja. Cuma saya sorang je masih bukak ladang anggur lagi ni..*anggur anggur...jual jual* Hehe..merepek repek...
So, yang masih bersekolah lagi tu, habiskanlah masa bersama kawan-kawan ya. Sekolah tu bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah tempat untuk mencari teman. Kawan ni semua datang dari sekolah. Cuba kalau korang x sekolah memang susah kan nak cari kawankan? Kawan x cari kita, kita sendiri yang mencari kawan.Kalau x kenal, makan x _____ *isi sendiri*. Hehehe...Kita ni pun kenalah jaga hati kawan kita sebagaimana kita jaga hati family kerana kawan kita pon dah jadi sebahagian drpd keluarga kita. Dialah abang kita, dialah kakak kita, dialah adik kita, dialah makcik kita, dialah atuk kita..*merepek lagi*.
Ok macam saya ni dah x sekolah lagi. Dah mula rindu kat diorang semua. Tah apa yang diorang tgh buat sekarang ni. Tup tup dah beranak cucu. Kahwen x ajak pun *eh...salah, kahwen xjemput pun*. Tengok2 dah beranak pinak dah. Dah mula lupa kawan la tu. Memang lumrah manusia begita kok *loghat endon*. Kalau lama x jumpe teman-teman semua memang akan lupa. Muka pon dah x cam, nama pon tergagap2 nak mengingat balik. Tengok dah berjanggut misai tebal. Perut semakin boroi...:P Hehehe..lelaki la selalunya. Oh yeea, SAYA SAYANGKAN BBB SEMUA. ANDA SEMUA ADALAH TEMAN HIDUP SAYA..TT___TT *bagi tisu 10 kotak. Saya memang EMO*
Besok ujian teori. Doakan saya ye? InsyaAllah saya akan doakan anda semua