Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada 1000 bulan
 
10                akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang  penuh                dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam  ini adalah                merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang  mukmin.                Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai  hubungan                yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang  diterangkan di                dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya  firman                Allah s.w.t. 
Maksudnya:                "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam  Lailatulqadar                dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu  Lailatulqadar.                Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam  itu, para                malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan  mereka                untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit  fajar".
Sebab                turun surah al-Qadr 
Lailatulqadar                mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik  dari 1000                bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut  diriwayatkan daripada                Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi  s.a.w. telah                menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang  telah                menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan  Allah maka                orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah  menurunkan                ayat di atas. 
Riwayat                yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari  Rasulullah telah                menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada  Allah selama                80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah  lalu para                sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang  memberitahu                kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang  lebih baik                dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan  Jibril                berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa  yang                engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para  sahabat                amat gembira.
Daripada                ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar  kelebihan orang                yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam  menyamai                beramal 1000 bulan.
Dalam                hadis Rasulullah s.a.w. menyebut 
Maksudnya:                "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir  bulan                Ramadhan lebih daripada yang lainnya" 
Rasulullah                s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat  baginda                sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun  bersama beribadah.                Kata Aisyah r.a. 
Maksudnya:                "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda                 mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan  membangunkan                keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya  bermaksud                bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan                Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana                mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan  supaya umatnya                bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu  dengan pelbagai                jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya  hadis yang                diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya:                "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan  mengerjakan                sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia  beriman                dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan  dosanya                yang terdahulu. 
Rasulullah                s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati  malam lailatulqadar                terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan  dengan beriktikaf                di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut  malam                Lailatulqadar yang mulia. 
Ini                diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada  Aishah r.a.                Katanya: 
Maksudnya:                "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan  bersungguh-sungguh                memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir  daripada bulan                Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam                hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah  s.a.w.                bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk  menemui malam                Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam  yang akhir                daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam                yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 &  29 dari bulan                Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang  menyatakan                bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman  Rasulullah                s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada  malam 23                Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa  baginda Rasulullah                s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya  mengenai                masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan  menghayatinya. Baginda                menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27  Ramadhan. Dari                keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat  kesimpulan bahawa                malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu  tahun                yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari  bulan Ramadhan.                Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar  itu tetap                dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam  menghayati                10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat.  Kerana                dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat  menemuinya dan                dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan  seseorang                itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa                khusus di Malam Lailatulqadar 
Doa                tersebut diterangkan di dalam hadis berikut 
1.                Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. 
Maksudnya:                "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana  kiranya                saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang  saya                akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah  dengan doa                yang berikut" 
Maksudnya:                "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa  memaafkan                salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah  salah                silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh  para alim                ulamak kita melakukannya seperti membaca doa 
Orang                yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat  rahmat                yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang  sahih                bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang  10 itu                terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang  yang tekun                beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam  Lailatulqadar                akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat  menemui                atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting  yang tersebut                di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1.                Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu  adalah benar                dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata  dengan mengharapkan                rahmatnya dan keredaannya. 
Adalah                diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam  Lailatulqadar                hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu  taubat nasuha                dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan  Allah dan                meninggalkan segala larangannya.
Tanda                Malam Lailatulqadar 
Para                alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat  berhubung                dengan malam Lailatulqadar:
-                Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia  melihat                nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di  segala cerok                yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan  kata-kata                yang lain dari Malaikat. 
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk  pohon-pohon                kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul. 
Imam                Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya  itu tidak                lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana  tidak disyaratkan                melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam  Lailatulqadar.
Labels: Agama
NEWER POST |  OLDER POST | HOME
 
 
Hello, Assalamualaikum. My name is Muhammad Rushafiq or known as Rush Shafiq/Rush/Shafiq. I'm 18 years old. The owner of this blog. Thank you for visiting my simple blog. Please come again soon :)