Mesej Khas dari Shahir
 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua  pengunjung laman web rasmi, blog dan forum rasmi  saya mahupun semua  peminat yang berkunjung ke Facebook.
Pertama  sekali, saya minta maaf banyak-banyak kerana terlewat memberikan mesej  khas ini buat peminat-peminat semua. Mungkin ada peminat yang  beranggapan saya hanya meluangkan masa di Facebook sahaja, tetapi secara  jujurnya pasti saya akan mencuri sedikit masa untuk menjenguk-jenguk di  sini, juga laman blog dan forum rasmi kerana pada saya, tanpa peminat  siapalah saya. Tentang chat, insyaAllah kalau saya punya masa saya akan  selalu berada di Facebook, kerana pernah sekali saya chat di sini, saya  jadi keliru kerana mesej-mesej yang dihantar atau direply anda semua  terlalu cepat. Jadi bagi mengelakkan adanya peminat yang tersinggung,  saya rasa lebih baik peminat tinggalkan mesej di Facebook ataupun  ruangan mesej di sini.
Alhamdulillah  sekarang kerjaya seni saya semakin bertambah baik, biarpun kebelakangan  ini banyak benda yang terpaksa saya belajar dan harungi. Ditambah  dengan gosip yang kadangkala melingkari hidup saya, tetapi itulah harga  yang saya harus bayar dalam usaha saya untuk bergelar penghibur.  Alhamdulillah, terima kasih kepada keluarga tercinta, ahli-ahli Shahir  FC dan peminat yang tersayang semua kerana menaruh kepercayaan kepada  saya."
Anda semualah kekuatan saya!"
Updates  terbaru pula, saya sedang menjalani penggambaran untuk sebuah drama  raya di Melaka  yang akan ditayangkan Aidilfitri kelak. Kemudian, Sabtu  ini saya akan berada di Sri Pentas, Plaza Alam Sentral untuk pencalonan  Muzik Muzik untuk lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Datanglah  beramai-ramai ya! Selepas berada di Muzik Muzik saya akan kembali ke  Melaka untuk meneruskan penggambaran drama raya di samping menghadiri  kelas lakonan untuk projek filem Karak, merakamkan album solo pertama  saya dan seterusnya akan berada bersama 11 bintang Akademi Fantasia  Musim Ke-8 untuk Konsert Reunion AF8 pada 25 Julai nanti di Stadium  Putra Bukit Jalil.
Untuk Kebahagiaan  Dalam Perpisahan (KDP), saya ingin mengucapkan ribuan terima  kasih kepada peminat-peminat semua kerana menjadikannya Juara Carta Era,  No. 2 di HotFm dan khas untuk peminat di Brunei kerana dengar khabar  KDP juga telah mejuarai carta lagu di sana. Terima kasih teramat sangat  dan besar harapan saya anda menyokong dan mengundi lagu ini di  carta-carta berkenaan dan akan datang di Muzik Muzik sekaligus  membuktikan sokongan anda terhadap industri muzik tempatan.
Saya  noktahkan coretan daripada saya di sini. Moga kita terus menyokong  antara satu sama lain. Oh ya, sebelum terlupa jangan lupa juga untuk  terus menonton Diariku Shahir di Astro RIA.
Che Ahmad Hoi  Hoi Hoi!

                                                                                             
Labels: Shahir FC