Adakah aku anak derhaka?
 
Salam..
Aku mempunyai 12 adik-beradik, 4 daripadanya ialah adik-adik tiriku.  Ayahku telah berkahwin dengan dua orang wanita (janda) selepas ibuku.  Perkahwinannya adalah rahsia, cuma selepas enam tahun kemudian barulah  kami sekeluarga tahu perkara sebenar. Ibu-ibu tiriku bukanlah ibu yang  baik. Isteri kedua ayahku membawa diri selepas ayahku berkahwin kali  ketiga. Isteri ketiga ayahku berkerjaya. 
Ayahku memang seorang yang penyayang tetapi ayahku sangat suka  memuji-muji isteri ketiganya dan menyatakan perbelanjaan kami  adik-beradik di universiti ditanggung oleh isteri ketiganya, walhal kami  mendapat pinjaman pendidikan. Ayahku juga membelikan rumah untuknya  (tetapi memberitahu kami rumah itu dibeli oleh isterinya sebelum mereka  berkahwin lagi) sedangkan kami hanya duduk di rumah sewa.
Kisahnya bermula selepas ibuku meninggal dunia. Ayahku mahukan kami  adik-beradik menerima kehadiran isteri ketiganya. Wanita itu sebenarnya  tidak menyukai kami adik-beradik. Dia juga pernah mengatakan kepada kami  bahawa dia tidak cintakan ayahku, tetapi ayahku lah yang  tergila-gilakan dia. Tidak sampai hati kami ingin memberitahu perkara  ini kepada ayah. Dia juga tidak sukakan isteri kedua ayah. Ayah juga  sudah lama tidak menjenguk isteri kedua dan anak mereka.
Pada suatu hari, kami adik-beradik berkumpul di rumah ku. Ayah telah  membawa isteri ketiga datang ke rumah itu dan terjadilah pertengkaran  antara kami dan isterinya. Wajah isterinya masam mencuka dan sangat  menyakitkan hati. Dia menuduh kami semua bencikan dia dan dia marah  apabila kami mengatakan dia tidak suka pada isteri kedua ayah. Dia  menuduh isteri kedua itu tidak baik kerana melarikan diri. Kami menyuruh  dia berbaik dengan isteri kedua ayah jika benar dia adalah isteri ayah  yang baik. Dia naik berang dan mula menuduh aku adalah punca  adik-beradik ku tidak sukakan dia. Berlakulah pertengkaran antara aku  dan dia. Demi mengenangkan ayahku yang sangat sayang padaku, aku minta  maaf daripada isteri ketiga itu. Aku bersalaman dengannya dan meminta  maaf, tetapi dia tidak mahu memaafkanku. Dia langsung mengajak ayahku  balik ke rumah anaknya (anak dengan suami pertama).
Aku sangkakan perkara ini sudah selesai, tetapi rupanya belum lagi.  Entah apa yang telah diperkatakannya kepada ayahku hinggakan ayahku  tidak mahu bercakap denganku. Apabila aku menelefon ayahku (dulu aku  akan menelefon ayahku setiap bulan), ayahku seperti tidak mahu bercakap  denganku. Sepatah ku tanya, sepatah dijawabnya. Tidak seperti dahulu.  Tidak setakat itu, isteri ayahku mula mengumpat aku di hadapan bakal  adik iparku. Dia menyatakan aku adalah anak ayahku yang paling jahat  sekali. Adakah dia masih berdendam denganku sedangkan aku tidak pernah  melakukan apa-apa terhadapnya.
Aku sungguh rindu pada arwah ibuku. Kini aku mengerti betapa peritnya  hati ibuku setelah ayahku berkahwin lain. Dulu aku terlalu kecil untuk  memahami situasi ini. Bila aku teringatkan kembali kecekalan ibuku  bekerja untuk mencari duit lebih (kerana ayahku selalu menyatakan yang  dia tidak cukup duit untuk diberikan kepada ibuku), aku bertambah rindu  kepada ibuku. Dia seorang wanita yang cekal, dialah satu-satunya wanita  idolaku, aku sangat rindukan ibuku. Hanya doa dan bacaan ayat-ayat suci  yang dapat aku kirimkan untuknya.
Aku telah kehilangan ibuku. Aku tak mahu kehilangan ayahku dalam keadaan  ayahku yang tidak mahu bertegur sapa denganku. Aku rindukan ayah yang  dulu. Ayah yang tidak mempunyai isteri lain selain ibuku. Aku telah  hapuskan egoku dan cuba berbaik dengan isteri ketiga ayahku, tetapi dia  terus menaburkan kata-kata fitnah terhadapku. Aku rindukan ayahku yang  dulu.. Bagaimana harus aku mengembalikan suasana dulu? Adakah aku anak  derhaka?? Ya ALLAH, berikanlah ku petunjuk .. amin.
Labels: Agama
NEWER POST |  OLDER POST | HOME
 
 
Profile
 
Full Name
 Muhammad Rushafiq bin Rohim
Glamour name
  Rush Shafiq or Rush or Shafiq
Birthday
  20 April 1994 (about 18 years old)
Born place
  Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 
Live
 Meru, Klang, Selangor.
Status
  Single but not available
Idols
 Nabi Muhammad SAW
 Sultan Muhammad Al-Fateh
 Salahudin Al-Ayubi
 Thariq bin Ziyad
 Britney Spears
 Maher Zain
Hobies
  Badminton
 Facebooking
 Photo editing
 Dreaming
 Outing
 Eating
 Singing
 Dancing
 Teaching people
Like to
 Chicken chop
 Ice lemon tea
 Mathematics
 Cute animal
 Caring friends
Hate to
 Some vegetables
 Being boring
 Bully
 Copycat, anons, hater
 Arrogant people
 Show off
 Liar
My sites
 Facebook
 Twitter Formspring Blogskin
Skype
 rushafiq_feeq
 
Tempahan

Hai semua, di sini adalah tempat untuk membuat tempatan. Saya telah menyediakan anda beberapa jenis tempahan termasuk harga masing2 iaitu:
Header: RM8
Banner: RM5
Edit Blog: RM13
Edit gambar: RM5
Design background: RM10
Welcome note: RM5
Murah je kan? hehehe..Jika anda ingin membuat tempahan, sila layari ke akaun profile facebook saya dan inbox saya dan nyatakan url blog anda, jenis tempahan dan ciri-ciri tempahan anda. Cara bayarannya ialah WANG POST sahaja. Anda boleh mengepos wang anda setelah anda berpuas hati dengan design yang contoh anda mahukan. Setelah wang kiriman telah diterima, barulah saya akan bagi yang ASLI punyer. Alamat untuk pengeposan akan diberitahu sekiranya anda ingin mengeposkan wang anda. Sebarang pertanyaan, please ASAP me. Thank you :)
 
Hello, Assalamualaikum. My name is Muhammad Rushafiq or known as Rush Shafiq/Rush/Shafiq. I'm 18 years old. The owner of this blog. Thank you for visiting my simple blog. Please come again soon :)